<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d4028978923322699098\x26blogName\x3dTigron+415+Journey\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://tigron415.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://tigron415.blogspot.com/\x26vt\x3d6224466486106325593', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
bonjour ~

Welcome fellas! Hahah k rindu tigron. Goodluck guys!


Interview Yayasan Telekom Malaysia ( YTM ) - Part I
written on Wednesday 11 May 2016 @ 07:30 ✈

Assalamualaikum! Hai, okay. Loni abe nok cerito pasal interview yayasan telekom deh. Hahaha kecek loni, kk serious. Hmmm, nanti bila adik adik sekalian apply kan, dia akan hantar SMS kepada adik adik ya. Dan di mesej itu meminta kalian untuk menjawab online assesment iaitu Cubic ke apa entah kalau tak silap. Soalan dia bolehlah tapi kalau siapa boleh score tu gempak walaweh. Hahaha okay. Then lepas dah habis jawab tu kenalah tunggu lama sikit sebelum adik adik menerima SMS kali kedua yang menyatakan u guys terpilih untuk ke saringan kedua. Haaa biasalah kau nak biasiswa orang kenalah simpan janggut panjang panjang. Then, anda diminta untuk ke tempat sekian sekian pada tarikh sekian. Time aku, rasanya batch last yang ada EQ camp. Haaa ni special sikit khas untuk sesiapa yang minta ytm ni. Kita ada emotional q tu apa entah camp hahahhaa. So camp ni enjoy jugalah walaupun propa banyak betul. So, bila aku terpilih tu, dengan keeksaitednyaan dia tu pergi pack barang bagai dan bergerak ke melaka. Sampai saja disana, tidak ku sangkaaaa, terjumpa dengan member. Nasib, kalau aku sorang dekat situ. Kesian takde member pula en. Tapi dont worry. My advice is bila ada camp ni kan, it is better for u guys to mingle with everyone there and try to make many friends. okay? Janganlah jadi orang yang egoisnya tinggi menggunung, berlagak macam anak menteri walhal, k siapa makan cili dia terasa pedasnya okay. Hhahaha. Then sampai sana en benda tak boleh belah, dia kena daftar bagai then ada briefing, time ni parents kena halau. Sian mak pak aku tapi ahahhaha nak buat cane, so farewell dear parents! Then, mulalah benda biasa kalau dah camp, ada dibahagikan kumpulan and then ada menari untuk warm up katanya. Haihhh layan kan aje. Lepastu adalah aktiviti dia. Malas lah nak cerita, baik korang rasakan apa yang kitaorang rasa bila pergi camp ni. Dont worry k sbb camp ni takkan buat adik adik pishang. Camp ni 3 hari 2 malam tau. Penat jugalah. Aku sampai tertidoq hampir terlepas subuh tau. Naya ka aku. Okay, ha benda paling crucial sekarang adalah time interview. Hang pakai kemeja lawa sikit tau bagi lagi. Ngorat lah interviewer tu. Dia yang pilih hangpa nanti. K, masa iv haritu ada banyak sesi and banyak bilik. Sebab camp haritu dihadiri 140+ orang centu tau. Nak habiskan 1 malam mmg tak lah. And the worst moment for me was aku iv lepas solat jumaat tau. Ha berpeluh habis aku pakai kemeja tu lari lintang pukang nak kejar masa. Masuk je bilik iv tu, lega habis sebab ada aircond. Fuhhh, then tetiba dia suruh aku kenalkan diri. Baru nak hilangkan peluh. Malu lah juga sebab baju lencun habis. Hish, hahaha dia siap perli tau, panel ada 3 orang, and dia kata baru lepas terjatuh kolam ke bang, aish abang pun senyum sampai ke telinga tau dengar, nak maki kang melepas pula hahhahahahah. KK lek nak bagi hangpa gelak saja. Then adalah dia tanya pasal diri kita and i think semua pasal diri kita. Dia tanya kelebihan, sports apa kita join, pergi national level tak? Haaa aku ni kaki pantun, sajak bagai. Tiba tiba diorang suruh aku pantun, dahlah tak bagi masa pikiaq tapi nasib baik akak lawa tu kata, okay ya Akmal, masa last nanti awak berpantun pasal panel ya. OMG, aku dahlah tak bawa pen. MATILAH AKU haha. Nasib aku pernah hafal sebelum. Then diorang tanya lah memacam pasal diri lagi, and masa last tu diorang kata, okay goodluck ya adik adik and doa banyak banyak. Lupa lah tu diorang nak suruh aku berpantun. Sebab nak curi hati mereka ceh hahaha aku pun dengan bangganya bangun dan cakap, sorry, tadi suruh saya berpantun kan? Ohhh hahaha semua tergelak then mulalah aku berpantun. Diorang terbeliak dengar memula then gelak tawa memenuhi segenap ruang dalam bilik iv tu. Omg lega weh. Hhahahaha itu je daripada abng handsome lagi kacak ni. Kesimpulannya, masa iv itu penting k untuk adik adik sentiasa senyum dan mencuit hati panel. Kalau english adik adik tak power usah risau, mereka memahami kita. Depa manusia apa. okay goodluck semua! Sekian.

                   

0 comment[s] | back to top



Interview Unikl - Part II
written on @ 06:50 ✈

Assalamualaikum. Hai, aku pegi iv  uniKL harituu..
First ak jawab soalan IQ TEST..ad 50 soalan dlm masa 30 minit. Soalan 1 smpai 3 tuu pengiraan..more to fizik lahh..sbb ak pegi iv utk kos DIPLOMA TEKNOLOGI KEJUTERAAN PENYELENGGARAAN PESAWAT. soalan seterusnya tuu menguji iq kite..mcm ad soalan logik akal laa..tp BNYK SOALAN PASAL MEKANIK. Lps hantat dy pnggil ikut nmber..setiap iver akn iv 3 org students. First dia suruh kenalkan diri dan citer psl diri sendiri tapi FULLY ENGLISH LAHH.Then dy tanya psl fizik..ad dy tnya psl prinsip bernoulli. Nasib baik ingt😂. Then dy tanya knp plih kos tu..and lastly dy tanya . Kalau dy kene pilih salah sorang drpd 3 org..knp kita yg paling layak..Tp kan..ak cakap ak xminat pn kos tu..dan ia adlah pilihan ketiga ak..slpas archi dan sains..ak juz nk try my luck jer. Tp xsangka dy message ak dpt kos tu..hahaa

0 comment[s] | back to top



Interview Pusat Perubatan Universiti Malaya ( PPUM ) - Part I
written on @ 06:48 ✈

Assalamualaikum. nak share about iv, PPUM 3 may 2016, around 3 pm( panas la skit) tapi dont worry sbab bilik aircond 😂. Soalan PPUM ni simple,, tpi berlainan ikut bilik,,aku first person,, so nervous memang jdi taruhan..bila masuk tu,, kau kasi salam n salam sejahtera( beware of non muslim iv panels) masuk tu yg first krusi hujung skali( lupa ckap 6 org satu sesi with 3 panels) tunggu dia kasi arahan duduk ,, said thanks to them..soalan satu intro ,, u can speak in english( dalam ni kau jgn culture shock bila adew calon jawab kot bhasa mlayu)( better kau show ur talent in english although u have a broken english)(apa yg aku nampak yg speak bm panels mcam diam tngan xcatat apew2) soalan kedua trus dia direct kalau awak lelaki,, sanggup awak rawat pesakit perempuan,, bayangkan waktu tu awak sorg nurse kat situ(on duty).. haa ,nanti pkirkan jwapan ya,, hati2,,sorang panel suka mencelah😏.. melawan cdangan kita.. so ,, untk elak tu cuba lawan balik,, try jwab ikut islamic or scientific..👍🏻 soalan ke 3 ,, why do u want to be a nurse,, hahaha,, ni senang,, p hati2,, jawab soalan,, adew yg xjwab soalan,,soalan ke 4,, background of PPUM and yg ni goreng la apew2 ,, under KPT
pgarah kamarul zaman,, naib dia pn rauf n encik iskandar. janji ikut web dia👍🏻selepas tu sikap bgi nurse,, sympathize caring, work under stress ,n etc,,lepas tu habez,, dia sruh out,, about 30 minutes iv tu..kputusan tunggu 3 weeks lagi,, itu saja ,, pray for me😊 opss lupa,, better talk in english kay,, sbab kita ni dtg jauh2 rasa rugi talk in malay, hafal sifir jgak,, calon bilik lain kena sifir time😂 SO goodluck siapa yang apply PPUM nanti.

0 comment[s] | back to top



Interview Yayasan Tenaga Nasional ( YTN ) - Part I
written on @ 06:40 ✈

Weh nak dgr citer tak???
Pada suatu hari
Aq pergi uniten
Untuk interview
First, kitorang ada test bertulis
Ujian utk test mental barangkali
Sebelum itu
Kitorang perlu daftar dulu
Ikut group
Mcm aku group D
Yg jaga group D lawa namatey
Dah la muda
Adakah ini cinta?
Yg lain semua tua2
Sebelum masuk iv dia amek gmbr sorang2
Aq rasa gmbr aq paling hensem
Then dia panggil utk iv
Iv sorang2
3 panel semua sekali
Yg next kena tunggu luar
Bila yg dalam dah settle
Yg luar plak masuk
Sampai turn aq
Aq masuk dalam
Pastu bagi file
Then dia tanya nama apa
Aq jwb aqiel
Pastu dia tnya nak panggil apa
Aq jwb sam
So sepanjang iv dia panggil aq sam
First dia tanya nama and background
Pastu tanya apa kelebihan yg ada
Pastu suruh cerita sikit pasal fact aq
Aq jawab aq boleh rap
Then dia suruh aq rap at the end of the session
Aq setuju ah
Dia tnya gak apa yg menjadi sebab diorang kena terima aq utk biasiswa tuh
Sini psycho sikit
Dah habis ah tu
Last sekali aq rap
To sum up: iv biasiswa uniten ni lebih kepada salam perkenalan dan sembang2 pasal diri sendiri
Sekian daripada saya, rapper terkemuka Jess, Aqiel Bin Mazli.





3 comment[s] | back to top



Interview JPA-MARA - Part II
written on Friday 6 May 2016 @ 01:33 ✈

Hai! iv jpa mara tu kita pergi 30 minit awal untuk pendaftaran. Serahkan dokumen yg dia mintak sign nama n dptkan nombor kita. lepastu dia panggil bratur mngikut kelompok utk bg briefing n bg kumpulan. kemudian bgerak mngikut kumpulan pegi tmpat2 yg ditetapkan. ada dua sesi, iv n group discussion. aku dpt iv dulu. iv ni dlm bi n group discussion dlm bm. iv tu ada dua panel n dia akan tnya kita soalan sape nk jawab ankat tgn n ada jgk soalan dia mmg tuju kpd kita mngikut nombor yg kita pakai. haritu dia tnya pasal el nino, virus, vaksin, biological weapon cthnya zika, experience pegi oversea utk sapa2 yg penah pegi, kalau dberi pilihan nk blajar oversea nk blajar katne n why, why should we give you the scholar so utk soalan ni promote diri, how is the scholarship can help you in your career, kalau diberi pilihan government n private institiution (xtau eja betul dak) utk kita kerja lepas grade, kita pilih yg mana n why. rasanya tu jelah soklan dia. sesi ni 1 jam 30 minit. oke tamat sesi. bgn salam ckp thank you kt panel n kluar bilik iv. sesi kedua group discussion. group discussion ni dia bg satu tajuk setiap group. n bincang pasal tajuk tu. dlm 30 minit bincang n 10 minit prepare presentation. kita present ideas group dlm kertas mahjong. lepastu kita akan terangkan dekat panel ada dua orang pasal tajuk kita tu. and panel tu akan tanya2 n tnya soalan n soalan dia pergh ah. so nk terang tu terang pdat smpai kita rasa mmg dia takkan tnya dh. tamat sesi. sepattnya habis kul 12 tp group aku habis kul 1.30. so time habis tu mmg tkleh expect ah sbb ad yg siap awal. oke tuje. goodluck adik2 😂 nasihat, be as friendly as you can buat kawan dgn group member supaya nanti group discussion tk kekok. senyum jgn bhenti senyum. time group discussion  jgn senyap. n jgn memonopoli presentation. iv pun jgn kejap2 kita je ankat tgn. it annoys the panel, bg peluang kt org lain gak Okay itu je. Aku interview ni dekat intan wilayah timur (intim).

0 comment[s] | back to top



Interview Yayasan Khazanah - Part I
written on @ 01:28 ✈

Salam.aku nak cerita sikit pasai pengalaman mendapat interview YAYASAN KHAZANAH.okay mula2 macam ni. Kita apply la biasiswa ni kat laman web dia dari tarikh 3/3/2016 sampai la seminggu. Dia ada dua jenis biasiswa,satu biasiswa GLOBAL,satu lagi biasiswa WATAN.beza dia is,watan ni utk permohonan biasiswa dalam negara,and the other one is for both. So alkisahnya,aku mintak watan,sebab apply for medicine.global x offer la utk medicine so nak taknak ni ja pilihan yang diberi. FYI,bila apply medicine,dia akan hantar utk foundation ke IMU,PASUM,UKM and satu lagi x sure. Full scholarship sampai habis degree. Okay now nak cerita waktu apply. Isi la semua maklumat semua and btw, ready kan satu essay 1000 words tepat atau kurang sikit, why you deserve this scholar. Aku english dahla tak power,so mintak tolong la kawan hat boleh english tinggi kat asrama dulu,minta tolong buatkan and dia buat tanpa balasan cewah. Okay then tunggu la almost 2 minggu dapat ja result,aku tau dari email.aku layak utk pi stage pertama.So dapat la email tu.stage pertama ada dua set ujian and this is so difficult that memang susah la. Benda kita x belajar kat sekolah and you are lucky kalau dapat lepas stage ni. Aku buat la waktu petang,and aku lupa actually soalan dia pasal apa.first exam ni ada dua set. Set first terbahagi kepada dua bahagian. Setiap bahagian masa dia 15 mins kalau x silap.so total set 1 is 30 min.

RfB Managerial and Graduate Numerical B (unsupervised)    -ni kena jawab pasal chart bar graph.and ada almost 20 soalan.aku just buat 8.and the rest just hentam la mana cukup masa and tawakal.

RfB Managerial and Graduate Verbal B (unsupervised)    - ni kena jawab pasal solving verbal mcm essay la.kita kena baca then pahamkan perenggan.jawab la apa yg kita nak. Hahhahahah.ni senang sikit.

Set kedua ni la yang tak ingat sangat,more like solving problem haha.ni memang menguji minda.kita diberi satu essay perenggan.baca dan kena pilih jawapan.ada certain question kita kena jawab no answer,sebab tiada conclusion boleh buat.thats why ni susah huhu.
Tunggu seminggu.dapat email.seriously aku x percaya,ni rezeki kot sebab aku x reti lansung buat stage satu tu.syukur la kat Allah.

Second stage ni okay la,x susah mcm first stage.more to personality test. Ada 3 bahagian stage dua ni which is as stated below.

Cubiks Team Role Questionnaire
15 mins ¹
Ni pasal  personaliti,just dia bagi a few personality,kita kena rank setuju atau x setuju atau sometimes kat jawpan dia.please jawab sejujur yang boleh.and benda ni test consistency .ada soalan berulang,just utk check betulka jawapan yang hampa pilih awai tu.khey2. Anyway just give attention to your answer and make sure kalau x jujur pon,jawapan consistent.


Khazanah Cultural Reasoning Inventory (CRI)
45 mins ¹
Yang ni pasal reasoning kita.dia bagi situasi pasal syarikat contohnya.ni aku x sure sangat.then orang dlm syarikat tu ada masalah dlm syarikat,mcm pekerja baru dari dia gaji tinggi,bos suka marah dia.kenapa kerja dia kurang memuaskan.ada around 5 problem utk setiap situasi.and kita kena rank mana yang patut dia utamakan dan apa yg patut di belakangkan.ada 3 /4 soalan ni.setiap soalan ada 15 minit utk diselesaikan.

PAPI 3 N
30 mins ¹
Sorry gais.yang ni aku tak ingat lansung benda apa.😭😭😭goodluck la.but utk aku, stage dua senang dri stage first.

Tunggu seminggu then dapt result.aku sekali lagi lucky dapat pi stage 3.interview di KL.hahaha.aku da sehari tinggal bru berlatih iv.huhu.okay meh nak cerita.
The Assessment Centre comprises of Group Exercise, Business Analysis Presentation and Interview Session with a panel interviewers. Bila sampai ke menara iv,we just told to wait dekat lobby,make sure to behave well because camera are everywhere.ni cara baru ivers panel nak perhati how we react.kami tunggu dekat 10 mins.and I used this time utk try to talk dengan pelajar lain.huhu,they are pro in english and im just standing there,just ha yes yes no,hahahhaha.this sound ridiculous but its true.then the worker open the door and we are given name tags.then we are separated to a group of six.kami dibriefing sikit then aktiviti bermula. Group exercise,the hardest for me.kita diberi 20 mins rasanya utk analysis calon yg sesuai utk 6 jawatan.ada 12 calon yang sesuai utk organise water theme park baru.setiap orang dari kami diberi 2 calon,and kita kena faham betul.and then cukup masa one by one,kita kena bagitau kenapa rasa calon tu sesuai utk position tersebut.dengar dengan teliti pasal calon yg dibentang peserta lain and i will tell you later why. Cukup ja 3 mins for every peserta,kami diberi 30 mins to discuss secara ramai2.siapa 6 daripada 12 calon sesuai utk position.ada whiteboard,and we just discussing,siapa lagi banyak cakap,surely get higher mark.but at the end of the activity,the panel told us something.we are not organise.people speak as their pleased and we discuss thing that we should have known.kami baru bincang pasal kenapa dia layak la apa la.sepatutnya waktu personal pembentangan,kami dah take notes.tapi😔...but its okay la.the end. Second is business analysis presentation.kami diberi satu profile tentang pelancaran hotel.diberi masa just 30 mins,setiap dari kami kena fikir nama sesuai utk launching event hotel,strategi pemasaran hotel,cara tarik minat and how to get feedback dri pelanggan.with the help of someone,i manage to prepare earlier the day before.make something special,use acronym.aku guna akronim nama aku utk bagitau strategy hahahhaha.and the ivers tertarik hiks.lepas habis present dlm 10 mins,kita akan duduk 1-1 dengan iver.dia akan tanya apa kita nk buat kalau bajet potong separuh and mcm mana kalau launching event tu utk tarik,investor bukan customer.haa jenuh pikiaq hahah. Habis
Third is iv session.ni senang actually.kita 1-1 dngan iver.dia tanya suruh cerita pasal background.apa kita achievement kt sekolah and this is the time kena be creative.aku punya pencapaian kat sekolah noob gila so aku buat resume walaupon dia x suruh.bila dia suruh cerita achievement aku bagitau la aku x leh habaq semua sebab semua hebat padahai ciput ja.then aku bagi la resume and dia terima.cewah impression aku bagus.aku rasa la.then dia tanya sanggup ka jadi doc even ramai yg menganggur,aku punya ayat,I'm sure that i want to be a doctor because i can feel that it is in my blood and I can express my true self.but then if i choose a career like enginering,which is easier,then it is simply wasting my time.being someone who is not me,is like having no life at all.haha mcm tu la ayat aku ngan broken english.aku x reti speaking.hurm then dia tanya ada soalan tak.aku kata la,dia nak calon mcm mana utk dapat biasiswa itu je.huhu. Then habis ja balik la yo hahahhaha. A week later dapat email aku tak lepas stage tiga huhuhuhuhu.sedih.well takdak rezeki la kan.ni maklumat yg aku lupa tambah.Waktu permohonan ,yg ada essay bagai.calon dia 8000 orang.terpilih utk stage pertama is only 4000.terpilih utk stage kedua around 1000 and ke stage ketiga 400. And ke stage keeempat taksure. Tapi sikit la not more than ten rasanya.so hard man.kalau watan ada 4 stage.global 5.kalau lepas stage tiga kaki dah sebelah langkah dah dapat biasiswa.stage keempat tu kita just ada sesi jumpa dengan penagarah yayasan khazanah.most if not wll akan lepas.90% of them.anyway kalau sampai stage tiga tahniah.kita geng zzz.kbai itu ja utk share.raklu paper roger

1 comment[s] | back to top



Interview Mara - Part I
written on @ 01:17 ✈




Assalamualaikum. Haaaaaa Alhamdulillah dapat interview Mara ni sebab aku memang nak pursue medic dan MARA ni katanya salah satu jalan yang terbaik. Katanya haha. Okay, first of all. Untuk Mara ni, u guys akan ada online assesment tau. Macam mana nak tahu? Nanti u guys akan terima sms daripada pihak Mara sendiri and adik adik boleh check dekat web Mara. Bila masukkan username dengan password, u guys akan dapat tengok sama ada diterima atau tidak. Jika adik adik diterima, adik adik akan kena jawab online assesment dengan tarikh yang telah ditetapkan. Haaaa, redha jelah dengan apa soalan dia bagi. Ada soalan yang dah bocor. Alah, make sure buka tab banyak banyak. Soalan dia google je. Ada soalan sejarah, soalan Kbat fizik haaa yang ni kau kena tabah haha sebab aku sendiri pun tak tahu nak jawab. Aku main tekan je hahahah. Sometimes taram dan menembak ni perlu. Then, haaa sini ada kekeliruan sikit. Masa nak apply MARA ni, dia ada banyak course yang adik adik semua boleh pilih tau. Jika tak silap aku, ada yang boleh pilih course medic ni ada yang boleh pilih course engineering dan ada yang boleh pilih pra-u lah apalah. Dont worry, benda ni time nak pilih course masa apply to please ensure that u guys pilih pilihan yang tepat. Okay, then dekat sini kan ada dua jenis tau. First, orang yang dapat offer dengan interview dan ada yang dapat offer tanpa interview. My friends called Mara about this and they told us that yang dapat pi interview ni sebab mereka memohon luar negara but siapa yang tak dapat tu, maybe depa pilih dalam negara. So please make sure masa pilih tu leklok tau. Okay then, tibalah masanya untuk interview. Alhamdulillah, aku tak tau pun aku apply luar negara tapi dah rezeki, pergi jelah. Kalau tak silap apa yang didengariku, interview ni dijalankan serentak dekat 4 tempat kalau tak silap. Macam aku, aku interview dekat Kolej Mara Banting. Ada yang interview dekat Kolej Mara Bangi dan dua lagi special buat penduduk sabah dan sarawak. So, aku tak tau apa beza dekat bangi dengan banting tapi pada pendapat aku, kawan aku yang pi bangi ni dia kata dia pilih course engineering manakala aku yang pi banting ni sebab pilih course medic. Haa nanti dia bagi surat secara atas talian untuk interview ni. Pakaian tshirt dan seluar track suit. Kasut sukan. Haaa kami mula mula pun ingat ada ujian fizikal macam ukcg atau ipg tau but then sampai sana, haram takda pun. Dont worry, maybe diorang nak bagi keselesaan kepada pelajar. Gemuruh tau sampai pintu pagar Kolej Mara Banting tu. Dup dap dup dap, haa sampai sana kena daftar dulu then dia bahagikan. Tak tau pula aku tapi dia bahagikan pelajar amik medic dengan bukan medic amik medic. So aku pun follow je depa yang aku rasa muka macam nerd nerd en hahahahahhahahahah lepastu dia bahagikan lagi tau kepada banyak kumpulan mengikut abjad. Uish, dekat sini kalau boleh buatlah kawan sebab yang dalam kumpulan korang nantilah korang akan interview sekali. Then, ada satu pegawai Mara barangkali dia iringi setiap kumpulan ke satu kuliah. Haaa masa ni lama tunggu sebab sesi pagi tadi tak habis lagi. Haa mara ni special sikit. Mungkin ramai pelajar yang memohon, banyak beno sesi dengan hari interviewnya. So buat betul betul! Bila sesi pagi dah habis, pegawai tadi bawa semua pergi satu bilik lain, so semua kumpulan ada satu bilik. Masuk je dalam bilik tu, Ada 3 panel, 2 orang muka baik tapi sorang jeling nau nau tau. Aku dahlah gemuruh dia jelingnya pula, mana tak menggeletar tangan kan. Dalam tu kami main permainan, tak yah citer lah. Hangpa pi jah nanti. Seronok juga. Then kami dibawa pula ke bilik lain. Time ni pun ada 3 panel juga. Kena serious sikit time ni. Depa akan bagi satu kumpulan tu pilih satu sampul. Dalam sampul tu ada banyak department dalam hospital macam pakar optometrik, diet apa entah macam macam lagilah. Then, depa cakap depa nak bagi RM1 juta dekat satu department yang amat memerlukan duit tu dan dept. mana yang paling layak. So debate lah hangpa semua dalam tu. Ingat! Jawapan yang satu kumpulan pilih tu juga amat penting dalam menaikkan markah kumpulan ada. Idk lah tapi depa ni check tau kerjasama dalam kumpulan. So lepas habis debate apa semua, panel ni akan tanya soalan common. Alah, mesti hangpa dah baca banyak blog kan. So takyah citer lah. Lepastu kami keluar bilik tu. Aku ingat ada banyak lagi so kami tunggu dekat keluar. Siap amik gambar bagai. Rupa-rupanya dah habis. Lah, aku dahlah tadi tak banyak cakap lepastu habis centu je. Haih, so guys! Make sure dah ada peluang cakap tu cakap je tapi jangan terlampau sangat nanti interviewer tu rasa annoying dengan hangpa tau. Okay goodluck gais. Moga anda dapat buat yang terbaik dan jangan ulang kesilapan yang sama tau.

                                        

0 comment[s] | back to top



Interview Unikl - Part I
written on @ 00:34 ✈

Assalamualaikum! Okay aku iv unikl ni 3/4 haritu kot.Aku buat dekat unikl terdekat. Dia kasi pilih. So aku buat dekat unikl kulim. Kos yg diorg tawarkan dip fisioterapi dekat kampus unikl ipoh. Unikl ni setiap kampus dia spesifik. Mcm yg ipoh punya ni mmg semua berkaitan perubatan. Soalan yg selalu dia tanya mcm biasala. Perkenalkan diri lps tu hobi and kenapa berminat dgn kos yg dia bagi. Kena cerita betul2. Kalau boleh sebelum pegi tu, research dulu pasal kos yg dpt. Contoh fisioterapi, cari kerja fisio ni mcm mana. Dekat mana. Lps tu time nk cerita tu nmpk confident and betul2 minat dgn unikl ni. Soalan lain aku dpt dia tanya menteri besar kelantan dgn anak dia. Tak terjawablaa aku. Dia akan tanya berkaitan tempat belajar dulu. Contoh kita kan jeli, kelantan. Dia tanya jugak jdt lawan kelantan sapa menang. Pandai2 laa. Pakaian jgn over sgt. Tu ja laa yg dpt cerita. Tapi unikl ni advantage kalau ambik degree medic sbb semua dia taja. Cuma lps habis belajar tu kena keja dgn dia laa dua tahun. Banyak ni je ala boleh tolong. Alhamdulillah aku dpt unikl ipoh ni. Tu je. Baiiii and goodluck buat adik adik!

0 comment[s] | back to top



Interview JPA-MARA - Part I
written on @ 00:23 ✈

Assalamualaikum. Tadi dia tanya benda simple je. Dia tanya what do you think about the economy of malaysia rn. Why do you want to pursue in you course of choice? Why is technology important? What are the characteristics of gen y?What can gen y do for malaysia?Your opinion on malaysia's education system rn? Why is this interview important? What do you know about 1mdb? What is you pov on dr zakir naik?Takde lari2, Iv 10 org sekali. Dia buat mcm forum. So boleh mcm sokong or bangkang org tu ckp apa. What can you do for malaysia?How to make malaysia better? Then second part tu presentation.Dia bagi keratan akhbar about perletakkan jawatan dollah salleh. Group in 10 yg sama tadi. Then dia suruh bincangkan isu utama, penyebab, perancangan penyelesaian n kesan terhadap ekonomi n sosial. Yg perbahasan ni dlm bm. Pastu dia suruh kaitan tugas penjawat awam. Iv tadi fully english. Panel dua org je. Kaitkan*Dalam perancangan penyelesaian tu dia apa tugas penjawat awam. Dia mcm open ja. Sapa nak jawab angkat tangan. Aku ingat la sbb soalan dia sikit ja haha. Hm nak kata susah tak susah la. Dia mcm benda kita buat kat sekolah ja. Dia cuma akan jadi susah bila hang nervous ja. Ni kos perubatan tapi nanti dia akan suruh hang sign aku janji untuk sudi terima tawaran course lain. Dkt surat tu hang boleh la potong yg mana hang betul2 taknak. Ada pilihan account, multimedia dan banyak lagi la. Hang pi tu kena susun dokumen elok elok. Ice breaking dia masa iv. Dia just tanya hang nak belajar apa. Lepastu kumpulan aku dpt perletakkan dollah salleh dan kena bincangkan. Iv yang bi tu 1 jam setengah, Bm tu pun 1 jam setengah kot ke dua jam tak ingat.Masa pembentangan tu satu bilik dua kumpulan.Ada dua bilik. Aku taktau la kalau dua dua bilik sama soalan atau tak. Pandai pandai la agihkan point dalam ahli kumpulan tu. Kalau hang dapat satu point ja kena bentang elok elok la bagi nampak panjang. Kena fikir n bincang dlm kumpulan. Mcm kumpulan aku tadi sporting gak la. Dah tulis semua point kat kertas tu pastu tanda hang nak yg mana. Pastu kalau sapa takde idea tu kitaorg bincang. Aku pun cuak jugak mula mula tu tapi bila dah banyak ckp n selesa sikit okay ja. Goodluck!

       

0 comment[s] | back to top



Interview Universiti Pertahanan Nasional Malaysia ( UPNM ) - Part I
written on Thursday 5 May 2016 @ 23:40 ✈

Assalamualaikum. At first, I didn’t know how exactly upnm is. I went for the interview just because my mum asked me too, but on second thoughts, I wanted to see whether i pass the iv or not, whether i have the criteria to be a cadet or not. So i went for it. The iv is super fun, everyone was nice, bakal pegawai kadet **( the one in charge of taking care of us) pun baik je semua. They shared their experience, jawab apa yg kitaorang tak tahu. Major2, staf2 semua pun baik. Tapi time tegas, tegas lah. Time serious, serious. First day they checked our rabun mata, buta warna, bmi, darah, air kencing, and gigi. Bmi around 18-23. Tapi ada je my friend kurang tpi lepas. For mata, budak medic longgar sangat.I didn't bring my spec so doctor tu bagi i betul2 atas pagar, 6/12. Kalau tak rabun 6/6. Dia check both with and without glasses. Second day medical check up. Depends setiap cawangan lain. Kalau upnm sungai besi 10 org sekaligus. Dia check tangan bengkok tak, calon flat foot tak etc. Then tengok track nak lari untuk esok. Malam test pengetahuan am. Third day pagi lari. 3.2 km in 20 mins. Dia bagi merit ikut masa. Kalau bawah 15 mins 10 merit, 15-16 : 9, 16-17: 8, 17-18: 7, 18-19: 6, 19-20: 5 and so on. Lelaki tak sure tapi ladies yg first pun 18+ min. I got 19.56. Sikit lg nk 20 min. Then after makan roti kitaorang jalan masuk kawasan mtd, ada yg monkey bar bawah dia ada kolam yg air terdedah dgn hujab etc. Kena panjat mcm monkey and go to the other side, tapi i didnt pass 1 bar pun sbb mmg tgn tk kuat so jatuh hahaha. Then petang ada public speaking, malam test iq dan merancang. Forth day interview. Budak engineering n management ada 1 je iv, medic ada dua. Budak medic kena interview additional dgn fakulti perubatan. Iv dia tanya simple je. Iv dgn fakulti medic 4 org sekali gus. Soalan: why medicine, why we should choose you, apakah kepentingan etika dlm perubatan. This is the competition. Siapa cepat angkat dia jwb. I think first jwb possibly dpt merit juga. Lagi satu iv dengan major2, captain etc. 1 from navy, 1 from air force and 2 from army( interviewer), time ni u cannot laugh nanti tolak merit. 14 org sekali gus, ikut course. Dia tanya why upnm, why we shld choose u, boleh cope ke tak both medic student n a cadet etc. N then dia bagi masa last utk tanya soalan. Here is where u should prepare soalan byj2, even though u dah tahu answer dia. In upnm mental and physical kena kuat. Bakal pegawai kadet 2015 cerita.. Baris 5 kali, rocall memalam, tidur kdg2 3-5 jam, physical training ada kena angkat log, ladies or guys sama je tk ada speciality. Dgn senior tk ada nya nak senyum2. Jumpa bg salam. "Salam puan/tuan". Kalau senior guys or ladies suruh buat apa2, kena buat. Contohnya senior lelaki panggil, wlaupun time tu you're alone, dia suruh buat squad jump 20 kali, depan diorg kau kena buat. Mental physical kena kuat. Knuckles bpk15 ada parut sbb kena push up etc atas tar etc. Nak bgtahu parents takkanlah nanti diorg kesian lah bersalah lah risau lah. So the thing that keeps u going is the thought of your parents and bonding kau dgn squad kau. Bond dgn squad dekat upnm mmg kuat gila. Guys tolong angkatkan bag galas yg isi dgn pasir time kau tak larat dah lari 10 km bawa bag basir kiri kanan, galas bag apa tah lagi. Guys tolong. Budak medic kena kekalkan 3.67 pointer. Time masih bpk, bakal pegawai kadet, u hv the choice nk masuk kadet or awam. Tpi awam rugi lah. Tak daapt keluar pun tapi tak dpt duit. Dekat sini kalau ambil medic keluar terus dapat pangkat captain. N you dont hv to wait for housemanship etc. Terus boleh masuk jd ho kt hospital tentera etc. Time iv, everything mmg kena cepat. Makan semua cepat. Kalau sorg lambat semua kena tunggu lah lama2 dgn peluh etc. Additional weh, if you take medicine, the safest place is upnm or terus pergi mesir. Those two yg i know lah sbb if you go into uia or uitm asasi sains, kalau tk cukup pointer tk lepas. Goodluck guys! Make sure hati sado, jangan badan je sado.



0 comment[s] | back to top